Hmm hmm hm

Saw this on Kareem's blog.

Segala semangat aku hilang tiba-tiba kerana extra meluat dengan apa yang berlaku. Mengantuk pun hilang. Benda ni Mac haritu. Gila. They are women. Makciks. And there were also men. Still, sorang pun tak aktifkan sel-sel neuron masing-masing nak faham keadaan. Coach tu cuma minta hormatkan kawasan dia je untuk budak-budak teruskan latihan yang tergendala kat situ. Makciks pula sibuk duk suruh 'listen' but none of them did listen to what the coach is saying even from the start. And shouting 'don't shout' out loud nonstop. Lepastu gila apa semua orang adalah ketua? No wonder semua nak bersuara serentak.

Oke I need to stop here. Watch it and judge it yourself.



Oh, em. Makciks ni apa rasa eh bila tonton video ni sendiri? Malunya. Sedara-mara, anak-beranak suku-sakat semua, malu tak?

Malu infiniti.

Selamat pagi

Khusyuk betul aku tidur dalam tempoh 2jam setengah seorang diri di tengah-tengah rumah kat ruang televisyen. Sedar-sedar ayah duk bebel cakap jam dah tunjuk pukul 7pagi. Rasa nak makan telur masak separuh 2biji. Tapi dah penuh bungkusan nasi dalam plastik atas meja ni.

Em raya oke. Tuk imam baca khutbah sedap. Daging dah banyak masuk mulut, ke perut dan ke jamban. Banyak gelak tawa, banyak momen yang baik-baik.

Sepatutnya aku gerak Bangi hari ni; Ahad, tumpang kawan-kawan yang ada. Tapi lepas fikir dalam-dalam, aku tak mampu nak bertahan walaupun beberapa hari dari segi kewangan kat sana nanti. Oleh kerana sudah ada tiket penerbangan berjadual lusa yang dibeli Februari lalu, guna sajalah. MYR20 cuma. Niatnya mahu batalkan yang ini kerana kesuntukan masa untuk berkemas bagi perjalanan jauh hari Khamis nanti. Dek kesempitan diri, duduk sajalah di kampung halaman dan mengemas membuat apa patut dalam bilik bujang anak bongsu ini. Nanti tahulah aku apa nak buat berkalut-malut. Macam tak biasa.

Dah 841am, oke mari makan!

Bohhhhh, mmbbekkk

Hujung bulan lalu, aku membebel tentang duit. Rasa tak cukup. Rasa takut. Rasa gerun nak mula hidup bekerjaya. Rasa macam-macam. Aku rasa nak menangis. Tapi jiwa aku ke laut. Otak aku tak fokus. Hati tak tenang. Aku tahu aku agak terbawa-bawa belakangan ini. Entah apa-apa. Aku tak dapat pegang apa-apa dengan baik. Rakan serumah aku cakap jangan fikir sangat tentang kerja dan duit. Ada teman cakap jangan duk risau sangat. Semuanya akan baik-baik. Selesaikan apa yang aku rancangkan terlebih dahulu. Tapi bila jadi manusia, beginilah gayanya.

Kali ni, aku rancang untuk lebih menikmati. Kali ni aku mahu lebih merasai. Kali ni aku harap aku tak memberatkan otak sampai sarat dengan macam-macam. Kali ni aku cuma mahu tenggelam dalam realiti yang menyempit, tanpa rasa lemas kerana aku tahu aku mampu sangat berenang ke tepian. Mungkin kali ni aku juga mahu meraikan diri untuk berendam sedikit lama. Banyak perkara yang aku tak mampu olah dengan kata-kata. Tuhan tahu, Tuhan tahu. Aku cuma mahu puaskan diri, kerana aku tahu di beberapa sudut sana akan ada manusia-manusia yang takkan berasa puas dengan aku. Tuhan tahu, Tuhan tahu.

Seberapa banyak tenaga yang aku salurkan untuk membantu kawan-kawan pun, seberapa mampu aku dalam memegang energi untuk memulihkan sesuatu pun, seberapa boleh lagi untuk aku teruskan perjuangan yang ini pun, kalau kau atau aku cuma mahu bermalasan dan malas bergerak, maka begitulah. Kau, kau. Aku, aku. Sudah ter-tetap begitu. Kalau rasa nak jadi bodoh, maka bodoh-lah. Kalau rasa nak berusaha, maka berusaha-lah. Setiap satunya sudah ditetapkan Dia. Kau ada akal, kau carilah jalan pintar untuk hidup.

Tapi sekarang ni fokus aku cuma pada daging lembu. Ya, cuma padamu wahai lembu. Dan ya, daging kambing. Raya korban setahun sekali, apa salahnya berkorban ruang untuk lemak wahai perut? Walaupun senantiasa saja kamu berbuat baik memberi ruang kan perut? Trimas.

Selamat hari raya Aidiladha. Makan sampai kenyang ya!
Harapnya kesihatan baik-baik saja. Tak ada sakit demam tak bermakna tak ada penyakit. Selaku seorang aku yang sebelum ini sangat terurus, ada banyak perkara yang mengganggu gugat ketenteraman diri aku belakangan ini. Hilang fokus terhadap banyak benda/perkara. Dan ya ia memudaratkan pada beberapa segi. Beberapa hari aku vomit tengah malam sebelum tidur. Feel dia macam zaman gastrik teruk waktu matrikulasi. Tak sedap langsung. Kalau ianya adalah penyakit dalam diam, janganlah bersembunyi lama sangat. Minta jauh. Aku perlukan kesihatan yang baik. Terlalu banyak perkara yang aku belum laksanakan, terlalu banyak impian yang perlu aku usahakan, terlalu banyak kasih manusia yang belum mampu aku balaskan. Dan aku rasa mungkin tak ada penyakit pun. Ini cuma frasa banyak fikir yang memakan diri. Tapi betul beberapa aspek diri aku ada sedikit perubahan. Aku bukan yang macam ni sampai boleh tak tentu hala nak buat apa. There must be something wrong somewhere, and I am sorry for that. I am sorry even for myself. Pathetic I am, but it's true. Akan ada masanya lagu-lagu yang menjadi alunan manja setiap pujukan malam, setiap bangun pagi pun tak mampu nak beri impak pada kestabilan yang ada. Ada gangguan yang aku panggil bodoh suka buat bangang bila aku bersendiri memandu. It's like I am this whole new person, a racer perhaps. A reckless one. Heh. Mengada gila. Nasiblah balancing dan alignment tak sempurna, jadi paling laju ialah 99km/h. Aku perlukan kanvas baru. Kanvas yang betul baru. Tahun ni punya sudah ada contengan yang aku tak gemar. Jadi harus dibuang tolak ke tepi. Tapi keseluruhannya, tahun ini selain keadaan aku yang sedikit terumbang-ambing seorang diri, segalanya baik saja. Thanks to You, syukran. Maaf, malas buat perenggan. Yeah I am that lazy.

(entri tanpa tajuk)

Di tempat aku mencari nafkah hidup bujang demi menampung perbelanjaan untuk aku menjelajah benua baru ini, banyak perkara baru yang aku perhatikan tentang habit manusia. Tentang cara berkomunikasi, tentang hormat, tentang macam-macam. Aku belajar tentang tanggungjawab. Aku belajar tentang etika. Aku belajar untuk tak malu bercakap. Dan macam biasa tanpa perlu belajar aku perlu senyum sepanjang waktu bekerja. Jiwa aku oke sahaja dengan situasi seperti ini. Cumanya agak lelah bila usaha untuk menghabiskan pembacaan buku-buku masih tertunggak. Walaupun banyak waktu senggang sepanjang syif bekerja, agak susah untuk aku membelek bahan bacaan seperti novel. Kerana setiap kali ada pelanggan masuk ke kedai, aku kena bangun dan ucap selamat datang kepada mereka. Lepastu menggelabah nak kena baca ayat yang sama kembali.

Dalam lebih kurang seminggu lagi, aku akan menamatkan sesi hidup di sini. Dalam tempoh ini, aku minta pada kakak untuk tidak diberi cuti supaya boleh aku kutip sisa gaji yang terkumpul sebaik boleh alang-alang sudah menetap di sini. Aku tahu memang nanti akan terpaksa juga gunapakai duit simpanan untuk melancong kali ini. Duit simpanan yang semakin hari semakin berkurang. 

Sedikit tak sabar untuk beraya aidiladha lagi dua minggu lebih. Kali ini seluruh isi keluarga akan berkumpul. Kali ini akan menjadi titik baru untuk dicatat dalam carta aktiviti menggembirakan aku untuk tahun ini. Tahun ini, ialah tahun istirehat. Tahun ini, ialah tahun untuk keluarga. 

Tahun ini, ialah tahun untuk aku cari aku.

Harapnya semua baik-baik saja.

And I lost a mother, again

Akhir Ogos lalu,  sewaktu lebih separuh rakyat Malaysia sedang menyambut kemerdekaan tanpa banyak pengertian, seorang hamba Allah yang aku sangat suka telah kembali ke rahmatullah. Aku kenal beliau dari kecil, dan beliau kenal aku dari janin. Aku panggil dia, Ibu. Kawan baik ayah dan arwah mak. Di-diagnos kanser hati, limpa, perut etcetera. It was a Friday.

Terlalu banyak jangkitan, merebak merata walaupun setelah dilaksanakan sesi kemoterapi dan sebagainya. But she fights well and I am glad for that

I could see it in her eyes the last time I saw her dalam unit rawatan rapi HUSM, Kubang Kerian. The place where I was born. And it was also the place where mom had her last breath on bed.

Seminggu sebelum Syawal, ada operation dilaksanakan untuk beliau. Para doktor terpaksa menjahit kembali kesan koyak untuk pembedahan tanpa melakukan apa-apa pada beliau. Terlalu berisiko tinggi. Kawan baik Ibu, juga kawan baik Mak memesan pada anak-anak dan teman-teman rapat untuk tidak memberitahu Ibu tentang hal tersebut. Just tell her that everything is fine. Jadi daripada detik itu lagi, kami semua sebenarnya sudahpun bersedia untuk memberi lambaian akhir pada arwah. 

We let her go awal lagi. In our own silence.

Kali terakhir aku melihat Mak dengan nafasnya yang lemah ialah pada suatu petang Sabtu, July 3rd 2004 to be exact. Aku dalam baju uniform sekolah, bersedia untuk dihantar abang masuk semula ke asrama petang itu. Pada kaca televisyen di ruang tengah wad, disiarkan lagu nyanyian Guy Sebastian, 'angels brought me here'. Esoknya abang datang selepas Subuh untuk ambil aku dari sekolah. Itu adalah kali pertama dan terakhir aku melihat abang dalam keadaan begitu.

Sekali lagi, aku dalam uniform sekolah.

Pada hari terakhir aku bertemu arwah Ibu, Ibu sebenarnya dalam keadaan sebak dan matanya berair seperti menangis melihat aku dan kakak di tepi katil. Kami terpaksa tenangkan dia supaya tidak cuba untuk bercakap. Kami bisikkan pada dia, kami sayang Ibu sangat-sangat.

Ibu adalah antara beberapa kaum ibu yang sangat menghargai anak-anaknya. Sangat menghargai pelajar-pelajarnya. Sangat kasihkan perkara sekeliling. Sangat-sangat baik.

She was a good mother, a perfect wife, a kind teacher and a superb friend. To us siblings, we lost a second mother.

Dan aku, kembali mengingati setiap detik yang telahpun berlalu 8 tahun dulu.

Al- Fatihah.

Konvo sudah saya

Aku dah pun selesai menghadirkan diri ke majlis konvokesyen yang meraikan aku dan rakan-rakan yang lain. Sebenarnya sejak mula sesi praktikal Januari lalu aku sudah berkira-kira untuk tidak melibatkan diri dalam majlis ini. Atau awal lagi. Akhir tahun lepas lagi aku dah bersepakat begitu dalam hati. Kerana majlis ini melibatkan wang ringgit dan pembaziran masa. Dan memenatkan kerana ia leceh pada aku.

Jadi, waktu tarikh pembayaran untuk jubah dan sebagainya mula dibuka sesinya, aku tak ambil pusing sangat. Selepas beberapa jenak, keluarga mula tanya itu ini tentang hal konvokesyen. Bila, mana, macam mana, dan segala jenis soalan aku kena hadap. Betul sebenarnya, aku tak ada hati.

Menjadi yang paling akhir dalam keluarga untuk memegang gulungan ijazah, aku sebenarnya memikul satu tanggungjawab juga. Entah apa daya tiba-tiba menarik aku untuk menguruskan segala hal konvokesyen dengan cepat dan pantas.

Keluar saja dari dewan yang besar itu, sesudah saja sesi penggambaran individu dengan jurukamera berbayar, aku mendapatkan wakil keluarga yang datang ke majlis.

Aku salam ayah, peluk ayah, cium ayah dan ucap tahniah pada ayah kerana semua anak ayah sudah grad sempurna. Ayah yang pada waktu itu sebenarnya sudah sedia nak ucap tahniah pada aku tak jadi nak ucap. Terus saja ayah cakap, a'a lah dah habis dah semua anak ayah. Ni yang paling akhir.

Sempena adanya majlis konvokesyen ini, along yang dah lama tak jejak sini seronok datang menghiburkan jiwa. Ayah yang belanja dia. Ayah pula dibelanja oleh angah walaupun awalnya ayah cuma minta uruskan pembelian tiket dengan menggunakan kad beliau sendiri. Ayah pula seronok bermain dengan cucu yang tembam.


Paling penat sebenarnya kaki aku. Kenapa-kah diwujudkan tumit yang tinggi? I wish I could walk barefoot on stage. Sampai je aras parkir aku tanggal wedges jalan kaki ayam ke kereta. Sampai kereta sarung pakai selipar jepun merah berbiji-biji. Rasa macam kaki diurut seketika.


Kami semua berkumpul di rumah makcik untuk makan tengah hari dan sesi melepak makan minum berterusan sepetang. Aku macam biasa pengsan sendiri dek kehabisan bateri di sofa ruang tamu, masih dalam baju kebaya selepas kenyang makan nasi dua pinggan. Celik mamai dah petang, makan bihun dan minum milo ais pula. 

Cerita pasal sofa rumah makcik di Seri Kembangan ini, akan senantiasa ada bulu kucing yang berwarna putih kerana wujudnya beberapa ekor makhluk tersebut yang mendiami rumah ini bersenang lenang. Hari-hari vakum pun tetap sama. Dan sofa ini adalah antara tempat baring paling sedap dan tapak tidur paling lena dalam hidup aku. Dari aku kecil, besar sikit, zaman malu segan, zaman datang bila lapar dan tagih kasih tanpa segan, momen nak sendel dengan kucing dan sebagainya. Makcik ialah adik Mak.

Kembali ke topik konvokesyen.

Yang sedikit istimewa masa aku sengeh-sengeh atas pentas tu sedia nak ambil skrol (bukan skrol sebenarnya, benda petak buat isi sijil berlambang universiti tu apa nama entah orang panggil), Dato' cakap 'tahniah ye Syazana', automatik aku pun 'ohhh, terima kaseehh datoook' dan sambung sengeh-sengeh. Aku tanya budak lain semua cakap 'tahniah' je. Keluarga pakat duk gelak cakap dato' suka aku. 

Pasal konvokesyen yang telah berlangsung, ada banyak perkara baik berbanding perkara kurang baik daripada hasil pemerhatian dan perasaan aku. Jadi, syukran ya Rab.

Banyak masa aku rasa aku kurang bersyukur. Maaf. Moga sentiasa beringat-ingat mengingatkan. I should better look further and deeper. Tak terkira benda yang aku patut syukurkan sebenarnya.

Hey guys, thanks a bunch. Bundle of bunches. Hahah.

Really, thanks.
Untuk pengetahuan kamu (dalam rasa sedikit riak), aku dikurniakan senyuman yang manis. Sebenarnya daripada sini-lah terbitnya gelaran 'pisang' waktu aku tingkatan satu. Sebelum itu, aku cuma dikenali di kalangan kakak-kakak senior sebagai 'budak yang paling suka senyum'. Teman rapat aku yang mula memanggil aku begitu sebenarnya. I'm cool with that sebab aku awesome.

Awesome kan jadi aku? *bersiul*

Esok ialah majlis konvokesyen aku. Dengan majlis rehersal semalam yang entah apa-apa pada aku kerana gaya pengurusan yang agak lemah, dan aku yang belum tidur malam sebelumnya menggunakan masa di dalam dewan dengan baik untuk melelapkan diri, aku harap aku berjalan elok saja di atas pentas penerimaan skrol. Kalau tak silap aku, si pemberi skrol berketurunan raja-raja Melayu.

Baju pakai yang mana ada.
Tudung pinjam kakak.
Jubah dan topi sewa.
Kasut hampir lusuh kakak punya.

Sempurna saja dengan senyuman yang aku ada. I should be fine. Konvo, bukan kahwin. Ihiks.

Tapi dengan darah gemuruh yang kalau pergi bank atau pejabat pos menunggu angka giliran dipanggil pun boleh gugur jantung, esok tentu aku bertukar jadi vampire juga untuk beberapa ketika.

17# - Super cheesy



Lagu ni ada dalam thumbdrive yang dicucuk pasang pada televisyen di tempat aku sedang bekerja. Seawal seminggu bekerja di sini, girlfriend aku sudah tertarik dan jatuh cinta sama lagu cinta yang ini. Which is good, coming from her who loves RnB, techno and music I can't listen to 24/7. To her, my type of music would make anyone who listen to it fall asleep on the dot (;